Friday, May 15, 2009

rupanya bukan kamu, tapi aku

sejak mata pandai
mentafsir indahnya dunia
hati karam dalam pesonanya
`
kala akal bijak
menilai mimpi
tanah bukan jejakku lagi..
`
bila jiwa mengenal cinta
maka aku dekat pada derhaka
saat nurani diisi hamba
kembang kempis jantung ku menahan
seksanya dosa
`
ketika pancaindera disapa
bayu leka
tak gentar aku akan bahangnya neraka
`
dan bila aku yakin bertemu bahagia
aku lupa tentang wujudnya syurga
`
Tuhan, seberapa kerap aku berpaling
kerana jahilnya aku
kerana kelamnya Cintaku
kerana terpananya aku
`
telah Engkau khabarkan
tiada tenang tanpa mengingatiMu
apa perlu aku tanya,
mengapa resah dada tiada bernoktah?
`
Rindu,
bila bukan untukMu
maka celakalah aku

0 comments: