Wednesday, March 18, 2009

all I have to do is dream...

My wish list....

wouldn't it be nice if all I want is to be granted?
although I know all might not be true..
saya memang tamak kan?


( berkata kalau itu pembuka pintu syaitan, tapi tak salah kot klau saya nk berangan sekejap?)

1. Saya mahu cepat graduate.. cepatlah tamat 6 tahun! saya mahu pulang dan berkhidmat untuk negara. Alahai, letih nya menjadi student~ kena ber'amazing race' lagi! Saya ada hypotension lah.. dah cukup2 la buat saya terkejar-kejar nk ke lecture!



2.Saya mahu berjumpa family saya. Rasa macam nak berlari balik sekarang.. mahu bersenang senang di rumah. Bosan makan nasi masak sendiri.. nk lauk mama jugak..




3. Saya mahu ke Ireland atau UK untuk Medic, tapi result saya yg slack pada Chemistry membuatkan saya jadi :C... tapi saya bersyukur, berpeluang ke Mesir, memperbaiki diri hari demi hari.. melihat org merempat dijalanan, membuatkan saya insaf betapa banyak nikmat Allah yg saya kufuri.. ampunilah Ya Rahman~




4. Saya berharap tak pernah berpisah dgn Hani, Kautsar dan duduk di KISAS selama-lamanya (erk.. selama-lamanya?) kan best kalau saya jugak minat engineering dan kita sama2 ke US kan, kan?



5. Saya mahu untuk berasa lebih superior dan bukan bergelumang utk berinferior.. dgn budak2 straight A1 scorers nih... saya bosan jadi garfu plastik! I wanna be pewter made too~



6.Saya mahu teman yg sudi mendengar saya mengarut setiap hari.. teman utk sentiasa ada bila saya memerlukan.. a friend to confide, a shoulder to cry...teman sepanjang jalan, pendengar setia saya merepek pasal result dan inferiority complex yg tak sudah, menangis mcm org kurang akal.



7. Saya mahu adek2 saya lebih berjaya dari saya.. tak main la medic mesir.. atleast pakar dalam bidang masing2~ boleh? Salman, take note! apapon result permohonan tu hidup bkn setakat MISC jek.. buka mata dan fikiran~




8. express everything without being restless about it.. reality really hurts!.. tak tahan pendam dalam hati.. sesak nafas~ i wish you could hear me out loud~ apparently you're not even listening........




9. Saya mahu ketenangan berpanjangan, biarpun masalah sangat banyak, moga Allah permudahkan jalan kerja ibadah saya...





10. SAYA MAHU KEGEMBIRAAN UNTUK SEMUA YG SAYA SAYANG.. YA ALLAH ampunkan dosa ku kerana sering meminta-minta yg bukan2~




saya rindu mahu main pantai~ rindu kat langkawi lah~ huhu

Friday, March 13, 2009

Fatrah Imtihan tiba!

Sedar tak sedar dh hampir tamat tahun satu.. tahun depan dah 20-an rupanya umur diri.. ngee~ perangai tak berubah jgk! 2 julai melambai-lambai... terbayang sawah padi dkt umah.. terbayang bilik bercadar pink.. tapi satu je yg tak sedap dikenang.. 2 bulan menghadap buku-buku yg bertimbun atas meja.. tempoh dua bulan utk peperiksaan mmg mengetirkan.. agaknya boleh kena emotional attack jgk time2 tu nnt.. takpe2.. sabar~

Nota utk diri sendiri.. usaha tangga kejayaan! setelah result mid year yg menghampakan.. akibat perangai parasympathetic yg melampau-lampau.. sy bertekad utk menjauhkan diri dari internet yg melalaikan.. (hurmm.. makin kurang lah bercontact dgn org malaysia..org sana pn dh sngt sibuk.. xpelah.. blik bulan 7 ni kita borak puas2 ok?) tapi sangat rindulah kat korang~

Strategi pemulihan result yg pertama ialah, jauh diri dari internet.. yg kedua.. kurangkan aktiviti luar klass.. mmg bunyinya kurang adil.. tapi sy sungguh kejam pada subjek medic sy.. meninggalkan buku untuk kelas2 lain adalah tidak wajar.. meninggalkan aktiviti revise utk melayan novel twilight juga tidak wajar.. so, muhasabah..

p/s= to my dearest kautsar and hani... study hard ok? may you all fly with flying colours~

wani and kinah.. same goes to you.. hopefully korang dpt UK~ jgn putus asa.. IB tak senang tapi tak mustahil jgk nk ace it~

Wednesday, March 11, 2009

Sesak

Semuanya nk jatuh bertimpa-timpa

Result midyear dh keluar.. mmg rs down sngt.. takda sbb nk tension.. mmg masa midyear study tak bersistem.. nk salahkan sapa, klau diri sendiri yg leka..tp setelah bertahun-tahun belajar dari kegagalan.. mmg kejatuhan kali ni sangat mudah nk telan.. result sy.. diparas below average.. tapi belum sampai thap lowest(alhamdulillah).. jayyid.... Final Exam akn berusaha sehabs mampu..

Tuhan Ku~ bagilah kekuatan..

Dalam kelam kabut huru-hara masalah akademik... tugasan sbg Timb Pengarah pon menyesak-yesak dtg menghimpit.. begitu ramai manusia utk digembirakan.. padahal diri sendiri berperang parah dgn tahap motivasi yg merudum~ tgh2 dalam mode sakit emosi.. dtg pulak "picisan" bukak cerita lama yg membakar dada..kemaafan sy tidak bermaknakah? (walhal cerita dgn ketua musyrif dh selesai lama dh.. dh berdamai berapa zaman dh) perlukah nk bangkitkan cerita- cerita lama ttg betapa corrupted nya sy? xperlu kamu ingatkan bahawa saya adalah manusia.. dan kamu pun bukannya malaikat~


Ya Rabbi~ aku perlukan teman...

Manusia ada ramai..kawan ada disisi, tapi dalam keadaan2 tertentu.. tak semua dapat diluahkan
hanya menulis diblog ni.. klau ada yg tak berpuas hati dgn sy, sy langsung tidak menghalang anda dari mengklik simbol pangkah disudut kanan atas sana... kebebasan milik mutlak anda.. mengapa nk ganggu milik mutlak sy.? sy sangat2 tertekan.. tapi sy pasti ALLAH bersama sy..
sy langsung tak perlukan alasan utk marah dgn DIA..


Ya Rahman~ jgn biarkan aku tersisih dariMU..

Kadang2 rasa hanya Allah dan keluarga shj yg benar2 kasihkan sy.. sygkan sy.. meberi tanpa meminta balasan.. kadang2 rs tersentuh dgn org lain..sedihnya bila berjauhan.. pahit maung ditelan sorang2~

ya Allah, kalau Engkau berpaling diriku pasti aku takda tempat lagi di dunia ini..


Ya Allah, kurniakan kami cara hidup yg jitu dan unggul,
selamat dari mara bahaya dan petaka,
Kami mohon padaMu Ya Allah
kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain
Berikanlah kami Ya Allah,
keimanan yg sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi gentar
atau mengharapkan orang lain selain Engkau
Kembangkanlah lembayung rahmatMu Ya Allah
kepada kami, keluarga kami dan sesiapa sahaja yg bersama kami
Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri
biarpun sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu

Monday, November 3, 2008

indefinite

you.....
and
I
are indefinite... keep praying~

Tuesday, October 28, 2008

mahar cinta




  • Andainya dapat engkau mendengarkan


  • Suara di hatiku melagukan rindu


  • Kiranya engkau mampu mentafsirkan


  • Setiap bait kata-kata yang terucap
    Pasti dirimu kan memahami


  • Harapan kasih yang terbina


  • Sekian lama di sudut hatiku


  • Hanyalah untukmu
    Bukanlah aku sengaja


  • Melindungi rasa di jiwa


  • Namun bimbang diri kan terleka


  • Hanyut dibuai angan dan mimpi indah


  • Hingga terabai segala cita


  • Sedang khayalan tak menjanjikan


  • Segunung kebahagiaan


  • Sebagai mahar hantaran
    Apakah mungkin engkau mengerti


  • Setiap cinta yang dilafazkan


  • Bukanlah sekadar mainan


  • Tetapi sebuah janji
    Andainya dapat engkau mendengarkan


  • Suara di hatiku melagukan rindu


  • Kiranya engkau bisa mentafsirkan


  • Setiap bait kata-kata yang terucap
    Pasti dirimu


  • Dapat melihat rahsia kasih yang terpendam


  • Sekian lama di sudut hatiku


  • Hanyalah untukmu


  • Selamanya


hanya mampu berdoa dan berharap....mencuba menjadi lebih baik..insyaAllah...bantulah aku..